Selamat Tahun Baru

alhamdulillah… sekarang kita telah mengakhiri alam 2008 dan menuju ke alam baru tahun 2009. suaraminda menanam azam baru untuk terus berusaha menjadi insan yang lebih baik berbanding tahun 2008.. banyak cabaran yang telah ditempuhi sepanjang tahun 2008 yang banyak menjadi iktibar kepada diri suaraminda menjadi seorang yang lebih berguna pada masa hadapan..

Anda semua sudah memiliki azam yang baru?? pada kali ini suaraminda ingin mengutarakan sikap segelintir golongan remaja yang sukaimg_0097 menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak berfaedah.. banyak aktiviti berfaedah yang boleh di ikuti oleh semua golongan remaja.. kadangkala remaja tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang mendekatkan diri ke arah lembah kebinasaan.. sepanjang tahun 2008 suaraminda telah banyak mengikuti program selain menjadi fasilitator dalam setiap program yang disertai sepanjang tahun2008. Program anak soleh dan makes camp yang suaraminda sertai banyak menyentuh aspek kerohanian dah sahsiah diri remaja.. suaraminda terkejut kerana masih terdapat golongan remaja yang boleh dikatakan bakal menggoncang dunia islam masih tidak tahu apa itu solat??? masyaallah… hal ini betul2 memeranjatkan suaraminda serta rakan2 yang lain.. inilah realiti fenomena masyarakat dunia sekarang yang hanya mementingkan duniawi” berbanding “ukhrawi”.. apabila islam tidak menjadi pegangan yang kukuh, maka pincanglah jiwa remaja sekalian.. “solat tiang agama” oleh yang demikian bermula dari sekarang, tanamkan tekad agar kita sentiasa mematuhi perintah allah dan menjauhi larangannya.. sesungguhnya azab allah itu amat lah pedih..

Kem anak soleh.. bertujuan melahirkan remaja serta anak2 yang soleh sesuai dengan nama nya.. Rasulullah ada menyatakan bahawa tanda2 akhir zaman “kiamat” apabila “si anak memperhambakan kedua ibu bapanya” suaraminda memuji program seperti ini oleh kerana remaja zaman moden kini tidak lagi menghargai kedua ibu bapa mereka.. program2 kesedaran seperti ini seharusnya dipertingkatkan bukan hanya program2 memancing undi pilihan raya dan sebagainya.. Progran yang mendidik anak Malaysia menghormati kedua ibu bapa mereka perlu lah dititikberatkan.. Program seperti makes camp dan anak soleh yang di adakan di Negeri Sembilan ini adalah contoh yang perlu diikuti oleh semua lapisan masyarakat..

dsc00088Tuntasnya, remaja seharusnya banyak melibatkan diri dengan perkara2 yang berfaedah dan tidak menjadi “kutu rayau” di jalanan yang tidak menyumbangkan apa2 kepada masyarakat dan agama.. Marilah kita bersama2 merubah arah pemikiran kita menjadi anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia..

One response to this post.

  1. Posted by ixoramerah on January 8, 2009 at 1:11 pm

    Usah terkejut dengan realiti,
    buka langkahmu untuk menghadapi
    kerana dunia sememangnya ditadbir lebih mengikut naluri daripada akal disalut hati nurani…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: