Archive for October, 2009

Walimatul Urus (Kenduri kahwin)..

DEFINISI…
Menurut Imam  Ash-Shan’ani , Kata walimah (وَلِيْمَة) diambil dari kata asal (ولم) yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagai mana yang dikatakan oleh imam az-Zuhri dan yang lainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menterjemahkan kegembiraan. Dan walimatul urus adalah walimah untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan.

Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim:

Al-Walimah ertinya adalah makanan yang biasa disajikan (dihidangkan) pada pesta (majlis) pernikahan secara khusus.

Dari dua penjelasan ini dapat kita fahami bahawa yang dimaksudkan dengan walimatul urus itu adalah jamuan makan yang diadakan disebabkan berlangsungnya ikatan perkahwinan (pernikahan) .

Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas radhiyallahu ‘anhu, di mana beliau berkata:

“Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi Muhammad s.a.w menjadi seorang pengantin dengan Zainab bin Jahsy, beliau mengundang orang-orang, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1428)

Walimatul urus atau kenduri kahwin merupakan jamuan yang diadakan untuk meraikan sesuatu perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Hukum mengadakan majlis kenduri kahwin ialah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama Islam .

Majlius kenduri kahwin mestilah tidak bercampur aduk dengan sebarang unsur maksiat dan perkara yang bercanhggah dengan syara’

Contoh   :- majlis tari-menari, menyanyi, mengadakan majlis secara besar-besaran dengan  tujuan untuk  menunjuk-nunjuk kekayaan keluarga mahupun keturunan.

Walaupun majlis kenduri kahwin amat digalakkan oleh agama Islam, namun ia mesti diadakan dalam keadaan sederhana untuk mengelakkan pembaziran dan hutang seterusnya menggugat masa depan rumah tangga.

HUKUM WALIMATUL URUS…

Hukum mengadakan walimatul urus adalah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama Islam.. Terutamanya, bagi mengisytiharkan perkahwinan pasangan lelaki dan perempuan agar tidak timbul fitnah.

Imam  Ash-Shan’ani rahimahullah menjelaskan:

“Imam Ahmad berkata, “Walimah itu hukumnya sunnah”. Menurut jumhur, walimah itu disunnahkan (mandub). Ibnu Baththal berpendapat, “Aku tidak tahu apabila ada ulama yang mewajibkan, mungkin dia tidak tahu perbezaan ulama tentang hukum tersebut”.

Jumhur mengatakan hukumnya sunnah berdasarkan pendapat asy-Syafi’i rahimahullah.”
Ada pun pendapat yang terpilih adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah:

“Tiada perbezaan pendapat di antara ahli ilmu, bahawasanya hukum walimah di dalam majlis perkahwinan adalah sunnah dan disyari’atkan (sangat dituntut), bukan wajib.”

HUKUM MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN..


Sesiapa yang diundang ke majlis perkahwinan “wajib” menghadiri majlis tersebut sekiranya tidak menghadapi sebarang masalah ataupun keuzuran syara’. Selain itu, “wajib” untuk  menghadiri majlis kenduri kahwin sekiranya majlis itu tidak berunsurkan maksiat dan khurafat.

Siapa Yang Mengadakan Walimah

Walimah dilaksanakan dan diselenggarakan oleh Suami. Ini adalah sebagaimana perbuatan Nabi s.a.w sendiri dan turut dicontohi oleh para sahabat-sahabatnya yang lain.

Dari Anas r.a beliau berkata:

“Ketika Rasulullah s.a.w menikahi seorang perempuan, beliau mengutuskan aku untuk mengundang beberapa orang untuk makan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, at-Tirmidzi, no. 3219)

Juga dari Anas r.a beliau menjelaskan:

“‘Abdurrahman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)”. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih seekor kambing”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)

Berdasarkan hadis ini, Rasulullah telah memerintahkan ‘Abdurrahman bin ‘Auf supaya mengadakan walimah.

Walau pun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi s.a.w sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Rujuk Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)

Waktu Walimah

Imam al-Mawardi dari mazhab asy-Syafi’i menjelaskan bahawa waktunya adalah setelah selesai akad pernikahan dan setelah kedua pasangan bersama.

Ibnu as-Subki berkata:

“Yang diriwayatkan dari perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa walimah itu diselenggarakan setelah berhubungan (pasangan bersama), berdasarkan hadis pernikahan di antara Nabi dengan Zainab binti Jahsy iaitu berpandukan perkataan Anas “di pagi harinya” (rujuk hadis di atas), iaitu ketika Nabi menjadi pengantin dengan Zainab, beliau mengundang kaum muslimin,

Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, walimah tidak diadakan ketika perjalanan akad nikah berlangsung atau sebaik akad nikah, tetapi adalah setelah pasangan bersama (bersetubuh) .

Begitu juga sebagaimana yang dijelaskan oleh Amru Abdul Mun’im Salim:

“Seseorang hendaklah menyelenggarakan walimah setelah ia berkumpul dengan isterinya.” (Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah Menuju Keluarga Sakinah, m/s. 177, Dar an-Naba’)

KEPENTINGAN KENDURI KAHWIN..


1)      Untuk menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t

2)      Untuk memberitahu orang ramai tentang perkahwinan tersebut yakni hubungan yang telah menghalalkan persetubuhan di antara pasangan tersebut.

3)      Bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad (mendapat pahala disisi Allah)

4)      Bagi meraikan dan memuliakan pasangan pengantin baru

5)      Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, kekeluargaan  dan ukhuwah Islamiyah antara kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.

6)      Mengeratkan hubungan Islamiyah antara masyarakat Islam dan jiran seluruhnya.

7)      Untuk mengelakkan fitnah dan prasangka buruk daripada masyarakat terhadap pasangan tersebut kiranya tidak diisytiharkan perkahwinan dan diadakan kenduri tersebut.

ADAT WALIMATUL URUS YANG HARAM

Dalam soal upacara bersanding, telah sepakat ulama mutaakhirin bahawa hukum bersanding itu adalah “HARAM”. Walau bagaimanapun para ulama berbeza-beza di dalam mengutarakan sebab atau mengapa bersanding itu haram.

  1. Ada ulama mengatakan sebab bersanding itu haram kerana pekerjaan tersebut adalah merupakan satu pekerjaan bidaah (satu perkara yang diada-adakan) iaitu pekerjaan yang tidak pernah dilakukan di zamanRasulullah saw mahupun di zaman para sahabat. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan kerjakanlah segala apa yang didatang Rasul, serta hentikanlah segala apa yang dilarangnya.”

  1. Dalam pada itu, ada juga pendapat ulama mengatakan bahawa bersanding itu haram disebabkan terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti pakaian yang mendedahkan aurat, percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram,pembaziran, memakai bau-bauan dan sebagainya.
  1. Perbelanjaan untuk membuat pelamin sekurang-kurangnya ratusan ringgit, bahkan adakalanya sehingga ribuan ringgit dihabiskan. Ini merupakan pekerjaan yang membazir. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.”

Pendedahan aurat berlaku berleluasa di majlis tersebut, terutamanya pengantin perempuan. Rasulullah saw bersabda:

“Ada empat golongan perempuan di dalam neraka;Perempuan yang tidak menutup dirinya (auratnya)daripada lelaki bukan muhram dan keluar daripada rumahnya dengan melawa-lawa, perempuan yang bersifatdengan sifat-sifat demikian ini adalah dilaknat,menjadi ahli neraka kecuali mereka bertaubat.”

Sebuah hadis Rasulullah saw lagi:

“Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar lantas melintasi suatu kaum lelaki (bukan muhram) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah penzina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu zina.”

  1. Manakala ulama lain pula berpendapat bersanding merupakan satu yang jelas haram kerana ia adalah warisan, ikutan dari amalan masyarakat Hindu dari zaman berzaman. Sedangkan kita umat Islam adalahdilarang untuk mengikut amalan orang kafir. Islam menyuruh umatnya menjadi satu umat yang berbeza dari lain-lain umat samada dalam adatnya, dalam iktiqadnya,dalam pakaiannya dan lain-lain.

Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka.”

Rasulullah saw. bersabda:

“Bukan dari golongan kita umat Islam barangsiapa menyerupai kaum yang lain daripada kita.”

Advertisements

Sekularisme..

PENDAHULUAN..

Walaupun Malaysia sudah menggapai 52 tahun kemerdekaan, namun kebanyakan Negara-negara di dunia masih mengamalkan ideologi  yang telah diperkenalkan oleh barat antaranya termasuklah ideologi  sekularisme yang telah dibawa oleh penjajah selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan selepas Perang Salib pada kurun ke-11. Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang mempelopori aliran pemikiran sebegini berusaha mempengaruhi orang islam dan sedikit sebanyak telah berjaya mempengaruhi mereka. Hal tersebut tercatat di dalam Al-Quran            :-

`s9ur 4ÓyÌös? y7Ytã ߊqåkuŽø9$# Ÿwur 3“t»|Á¨Y9$# 4Ó®Lym yìÎ6®Ks? öNåktJ¯=ÏB 3 ö@è% žcÎ) “y‰èd «!$# uqèd 3“y‰çlù;$# 3 ÈûÈõs9ur |M÷èt7¨?$# Nèduä!#uq÷dr& y‰÷èt “Ï%©!$# x8uä!%y` z`ÏB ÉOù=Ïèø9$#   $tB y7s9 z`ÏB «!$# `ÏB <c’Í<ur Ÿwur AŽÅÁtR ÇÊËÉÈ

120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

DEFINISI…

Sekularisme berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ Yang bermaksud “masa” iaitu “kini dan zaman ini” dan tempat yakni dunia ini…

Ia juga membawa erti satu generasi atau zaman..

Istilah   :-  Fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran  daripada urusan-urusan agama. Ia menolak peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan manusia…

CIRI-CIRI  SEKULARISME…

Perkara agama disempitkan kepada hal-hal peribadi sahaja

  1. Anti agama dan tradisi
  2. Akhlak yang digunapakai oleh golongan sekularisme tidak tetap (pragmatik)
  3. Kebendaan (materialism) menjadi kayu ukur yang utama dalam menentukan kebenaran sesuatu perkara
  4. Pendidikan,ekonomi, pengurusan, kewangan, pentadbiran, perubatan dan lain-lain urusan pentadbiran serta  semua perkara dipisahkan dari agama.

AMALAN SEKULARISME…

  1. Golongan agama dipinggirkan daripada memberi pandangan dan pendapat mengenai hal-hal berkaitan pentadbiran Negara
  2. Segala macam sImbol dan institusi agama yang sebelum ini diterima masyarakat telah hilang pengaruh dan kedaulatannya
  3. Sistem perundangan dibentuk melalui pemikiran atau akal sahaja tanpa berlandaskan wahyu dan ajaran agama Islam

ISLAM MENOLAK SEKULARISME..

Pengaruh sekularisme yang telah dibawa oleh penjajah mengakibatkan berlakunya porak-peranda pegangan agama dalam kalangan umat Islam. Islam menolak fahaman sekularisme kerana ianya

terang-terangan tidak berlandaskan kepada Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui fahaman mereka yang mengaitkan agama dengan individu sahaja dan ia dikatakan tidak berguna, hidup dalam kekosongan, serba salah, tidak tenang dan tanpa arah tujuan serta tidak mememiliki kasih sayang yang sejati.

Sekularisme memisahkan antara urusan agama dari kehidupan manusia. Tetapi ia masih mengakui agama, cuma tempatnya hanya di tempat-tempat ibadah dan majlis-majlis agama sahaja serta tidak boleh mencampuri urusan dunia. Motonya          :-

“Berikan apa untuk urusan memerintah kepada pemerintah dan apa urusan Allah kepada Allah”

PENGARUH SEKULARISME TERHADAP UMMAT ISLAM..

Ideologi sekularisme yang dibawa oleh orang Yahudi dan Nasrani ini merupakan fahaman negatif yang sengaja diadakan oleh orang kafir bagi menyesatkan pemikiran orang Islam. Mereka menafikan segala urusan dunia dengan agama, menolak agama Islam dan tuhan yakni Allah s.w.t. Fahaman Sekularisme dapat dinilai dan diteliti dengan memberi tumpuan dalam perkara yang berkaitan agama.

Dari aspek Agama : –

Sekularisme membawa ajaran, pemikiran, fahaman yang memisahkan di antara agama dan kehidupan.  Mereka menyatakan bahawa agama Islam adalah bersifat “ritual” yakni berbentuk ibadah semata-mata dan langsung tidak ada kaitan dengan kehidupan manusia.

Pengaruh sekularisme turut meletakkan para ulama hanya golongan yang berperanan di masjid, dan masalah-masalah agama semata-mata seperti perkahwinan dan ibadah. Manakala urusan berkaitan pentadbiran haruslah diserahkan kepada mereka yang bukan dairpada golongan ulamak dan mendapat pendidikan di Eropah.

Selain itu, fahaman sekularisme juga mengetengahkan mengenai agama yakni pemisah daripada agama Islam. Mereka menyatakan bahawa agama tidak penting.

Sesetengah daripada golongan sekularisme menyatakan bahawa agama adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Mereka juga membawa fahaman bahawa kehidupan ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan langsung tidak berkaitan dengan kehidupan

KESAN SEKULARISME / PERTENTANGAN DALAM ISLAM…

Membentuk individu yang bebas dari kongkongan agama dalam urusan dunia. Oleh itu, lahirlah manusia yang menganggap kehidupan mereka tiada kaitan dengan agama. Walhal, semua amalan dunia akan dihisab oleh    Allah s.w.t di akhirat kelak

Nilai akhlak adalah luhur. Tetapi, sebagaimana digariskan oleh islam. Namun, dalam sekularisme nilainya adalah pragmatik iaitu boleh berubah berdasarkan kepentingan dalam pelbagai situasi. Ukuran kepentingan ideologi ini adalah ukuran kebendaan yakni materialistik.

Tiada ruang untuk unsur-unsur rohani disuburkan kerana unsur rohani bertunjangkan agama. Hanya unsur fizikal / material yang dinilai sebagai penting.

Sistem perundangan, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain adalah bebas daripada apa-apa kongkongan agama. Akal manusia dianggap mampu menyelesaikan permasalahan yang wujud (demokrasi)

Wujud penindasan dalam masyarakat kerana nilai agama dianggap tidak berguna. Oleh itu, ideologi ini membenarkan pembebasan dalam menindas orang lain demi kepentingan kerana ukuran kepentingan ialah kebendaan.

Membawa ideologi sekular dalam pemerintahan Islam. Oleh itu, umat Islam akan menjadi lemah dan tidak kuat walaupun memiliki jumlah yang ramai ibarat buih di lautan.

Sumber ekonomi Negara dan ummat Islam akan menjadi maju tetapi menindas.

Terhapusnya dasar Islam yang suci yakni undang-undang Islam dan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Mereka lebih mencintai harta daripada Allah serta angkuh dan pentingkan kebanggaan diri.

Kesimpulannya, ummat Islam haruslah bersatu padu dan tidak terjebak dalam gejala sekularisme yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Hakikatnya, kesyumulan Islam itu terkandung dalam akidah, syariat dan akhlak yang mencerminkan kebenaran fahaman sesuatu perkara.