Remaja..jauhi zina!!!

ingatlah pada Allah sentiasa

ingatlah pada Allah sentiasa

ZINA adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar

Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.

Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).

Thabrani Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”

Buruknya padah dan balasan orang melakukan zina di dunia diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah SAW diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.

Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Rasulullah SAWV ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2)

Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

Advertisements

PENGENALAN

Assalamualiakum w.b.t

Salam sejahtera kepada hadirin hadirat, penbaca pencetus revousi minda..

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang menciptakan langit, muka bumi dan segala hidupan di alam ini, selawat dan salam ke atas junjungan mulia kekasih Allah s.w.t baginda Nabi Muhammad s.a.w serta sidang pembaca pemangkin kecemerlangan minda.


"salam perkenalan kepada semua pembaca sekalian"

"salam perkenalan kepada semua pembaca sekalian"

Suara minda merupakan seorang insan dan hamba Allah yang dilahirkan pada tanggal 3 April 1990 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Anak kepada pasangan bahagia Abd Hamid bin Noh dan Robiah bt Mansor yang boleh diibaratkan seperti pasangan adam & hawa sesuci cinta sejati mendapat pendidikan awal di Sk Senawang dan juga merupakan mahasiswa tingkatan 6 di SMADKLANA.Suara minda adalah bekas pelatih PLKN di Tanjung Tuan Port Dikson, Negeri Sembilan serta masih lagi menuntut ilmu pengetahuan yang maha luas hingga kini.

Menulis blog bukanlah bertujuan mempromosikan diri sendiri kepada masyarakat awam atau istilah “poyo” bagi golongan muda tetapi bertujuan sebagai medium bagi melahirkan masyarakat terutama dalam golongan belia agar berkongsi pengalaman, idea-idea bernas dan sebarang input-input ilmiah.. Sesungguhnya, ilmu itu adalah milik tuhan yang maha esa.. Oleh itu, istilah “blog” itu tidak boleh ditafsirkan untuk politik semata-mata tetapi, sebagai pemangkin kepada perkembangan kemajuan teknologi maklumat dan kecemerlangan pemikiran kearah kemajuan era globalisasi kini

Suara minda ingin mengajak pembaca dan golongan remaja mengetengahkan isu-isu berkaitan golongan remaja yang yang merupakan golongan yang amat penting seperti kata pemimpin Negara, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara” yang akan mewarisi pemerintahan Negara kelak. Suara minda ingin mengutarakan hal-hal berdasarkan pengalaman, isu semasa, dan perkembangan di sekeliling terutama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Malaysia merupakan sebuah Negara yang di diami oleh masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia menjadi satu “main point” bagi suara minda melontarkan kepada pembaca dengan pelbagai perkara yang boleh di jadikan iktibar dan ilmu yang bermanfaat kepada pembaca pemangkin kecemerlangan minda

Namun, suara minda ingin menegaskan bahawa “setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan”. Oleh itu diharap sebarang kesilapan dalam penulisan blog suara minda tijak dijadikan isu yang harus diperbesarkan. Teguran serta komen yang membina dari pembaca juga golongan yang prihatin amat suara minda alu-alukan bagi meningkatkan lagi kualiti penulisan blog ini. Suara minda juga baru mula “berjinak-jinak” dalam ilmu teknologi maklumat bagi melahirkan golongan belia yang celik IT serta memahirkan diri dalam penggunaan kemajuan teknologi “ICT” seterusnya melahirkan golongan belia minda kelas pertama..


Persepsi Pertama

“Sesungguhnya Allah cinta kalau salah seorang kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan sebaik-baiknya.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

Hari ini aku memulakan langkah membina sebuah blog. Alhamdulillah. Semoga usahaku ini mampu membentuk diriku, mengenal dunia profesionalisme seperti orang lain. Wallahua’lam..